1) Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
2) Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim dalam kalangan puteri-puteri.
3) Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri dalam pelbagai bidang gerak kerja kokurikulum sekolah, institut,maktab, kolej dan universiti.
4) Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
5) Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
6) Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.